Tugas dakwah merupakan
tanggungjawab semua warga sekolah. Oleh itu,suatu muafakat dakwah perlulah
terdapat di sekolah-sekolah bagi menjamin keberkesanan pembentukaan sahsiah
yang terpuji. Melalui organisasi Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyyah Sekolah
(MAKDIS) di sekolah perlu diwujudkan yang berperanan sebagai penyelaras
muafakat dakwah yang mampu bekerjasama dengan sebaik-baiknya.
Majlis Kegiatan Dakwah
Islamiyyah Sekolah (MAKDIS) adalah satu badan yang ditubuhkan di peringkat
sekolah bagi tujuan bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengurus
aktiviti dakwah sekolah dan aktiviti sambutan hari kebesaran Islam. Badan ini juga bertangungjawab bagi
merancang, menyelaras dan mengurus Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah
serta meningkat kemahiran dakwah guru pendidikan Islam dan para pelajar dibawah
kendaliannya. Badan ini juga diwujudkan di peringkat sekolah atas tujuan
menerbit risalah dakwah dan latihan kepimpinan serta mengukuh nilai Islam.
Antara tugas yang perlu dilaksanakan
oleh organisasi MAKDIS adalah sebagaimana berikut:
- Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, MaulidurRasul, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Ihya’ Ramadhan, Nuzul AlQuran, Ihya’ Ramadhan, Aidil Fitri dan Aidil adha.
- Merancang dan menyelaras aktiviti pertandingan tadarus
AlQuran
- Merancang dan menyelaras aktiviti pertandingan Maal
Hijrah
- Merancang dan menyelaras aktiviti Pemantapan Akidah
- Merancang dan menyelaras aktiviti Pemulihan Akhlak
- Merancang dan menyelaras aktiviti Kepimpinan Pelajar
- Merancang dan menyelaras Penerbitan Risalah Tazkirah
- Merancang dan menyelaras aktiviti Pengukuhan Nilai dalam
2 waktu tambahan
- Merancang dan menyelaras aktiviti Pengukuhan Nilai Staff
Islam
- Merancang dan menyelaras aktiviti Program Membudayakan
AlQuran
- Merancang dan menyelaras program Tazkiyatun Nafs
(Pembersihan Jiwa)
- Merancang dan menyelaras aktiviti Persatuan Agama Islam
- Merancang dan menyelaras iklim dini di sekolah
- Merancang dan menyelaras aktiviti Puteri Islam
- Merancang dan menyelaras aktiviti Surau Sekolah
- Membuat kajian mengenai data-data pelajar merosot akhlak
- Membuat kajian mengenai data-data pelajar terlibat
penyelewengan akidah
- Membantu kaunselor sekolah mengenalpasti pelajar bermasalah
dan berisiko tinggi serta membantu mengadakan khidmat kaunseling
No comments:
Post a Comment