بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
Saya bersyukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan hidayah dan inayahnya Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyyah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar dapat membangunkan sebuah laman web dakwahsmkabp.blogspot.com oleh guru-guru Pendidikan Islam (GPI) dalam mengurus
aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dakwah di sekolah. Laman web ini
merupakan satu sumber maklumat penting dalam memberi gambaran bagaimana kegiatan dakwah
diorganisasikan dan disusun mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing
untuk mencapai matlamat dan objektif dakwah di sekolah.
Sesuai dengan wawasan SMKA
untuk melahirkan insan seimbang bagi membangunkan diri, keluarga, masyarakat,
negara dan agama berasaskan semua nilai-nilai kemanusiaan dan nilai ketuhanan.
Oleh itu, laman web ini menentukan beberapa asas pengurusan dakwah untuk menyalurkan
segala aktiviti-aktiviti dakwah dapat terlaksana dengan berkesan dan ke arah
sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adalah diharapkan laman web ini dapat memperkemaskan lagi pengurusan aktiviti dakwah di
sekolah dan segala aktiviti yang dirancang terlaksana dan mecapai matlamat
untuk melahirkan warga SMK Agama Bandar Penawar khususnya yang memiliki sahsiah yang
terunggul sesuai dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia ”Membangun Potensi
Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”.
Saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha semua pihak
untuk membangunkan laman web ini dengan penuh keyakinan dan kesempurnaan. Semoga
ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak demi memartabatkan Islam. Mudah-mudahan
Allah SWT jua memberi ganjaran setimpal.
”MELAHIRKAN TEKNOKRAT MUTADAYYIN”
Saya yang menjalankan amanah,
(USTAZ NORZAIDI BIN ISMAIL)
Pengetua,
SMK
Agama Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
No comments:
Post a Comment